fbpx
(Dari kiri) Khir, Rosol serta Ikmal antara tiga Ahli Parlimen yang digantung Bersatu berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Bersatu pecat 2 ADUN, gantung keahlian 7 wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zawahir Shaari dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis berkuat kuasa serta merta.

Kedua-dua mereka adalah ADUN di Kedah

Selain itu, Bersatu turut menggantung keahlian lima ahli parlimen dan dua ADUN kerana didakwa melanggar perlembagaan parti serta kod etika dan tatakelakuan ahli.

Mereka yang digantung ialah Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khir Mohd Nor.

Sementara itu, dua ADUN terlibat adalah dari Syed Lukman Hakim Syed Zain. (Cenderoh) dan Ahmad Man (Sepetang)

Berdasarkan notis yang dikeluarkan hari ini, Lembaga Disiplin Bersatu memutuskan Ikmal Hisham digantung hak keahlian selama dua penggal pilihan raya mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan parti.

Surat bertarikh 8 Mei itu yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan turut memaklumkan tindakan berkenaan diambil kerana beliau didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

“Dengan penggantungan tersebut, beliau secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan,” menurut notis tersebut.

Notis itu turut memaklumkan bahawa rayuan boleh dikemukakan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

Setakat ini, kepimpinan tertinggi Bersatu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan terhadap kesemua wakil rakyat terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN