fbpx
Antara grafik yang dikongsikan di media sosial Dr. Dzulkefly mengenai Hantavirus, hari ini.

Tiada rakyat Malaysia terlibat kes Hantavirus – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberi jaminan bahawa tiada rakyat Malaysia berada di dalam kapal persiaran yang terlibat dengan kes penularan jangkitan Hantavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun situasi terkawal dan tidak melibatkan rakyat Malaysia, KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global serta serantau.

“Ia bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi. Susulan komunikasi langsung KKM bersama pihak berkuasa kesihatan Singapura pada pagi ini, turut disahkan bahawa dua kru kapal warga mereka telah diuji negatif Hantavirus, manakala proses pengesanan kontak kini sedang giat dijalankan,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Tambah beliau, jangkitan Hantavirus tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.

“Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut.

“Memandangkan tiada ubat antivirus khusus buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau turut menggesa supaya orang ramai supaya tidak panik, tetapi perlu kekal berwaspada.

“Rakyat tidak perlu panik, namun kita mesti kekal berwaspada. Saya menggesa seluruh masyarakat untuk sentiasa memastikan kebersihan kediaman serta premis kerja terpelihara daripada ancaman haiwan perosak,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, dua penduduk Singapura yang berada di atas kapal persiaran MV Hondius kini diasingkan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk menjalani ujian saringan hantavirus, lapor saluran berita CNA semalam.

Pihaknya telah dimaklumkan pada 4 Mei dan 5 Mei lalu bahawa dua individu berada di atas kapal MV Hondius semasa ia berlayar dari pelabuhan Ushuaia di Argentina pada 1 April 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN