fbpx
Keadaan banjir kilat dipercayai berlaku di Meru dan Hulu Langat. IHSAN MEDIA SOSIAL

‘Baru sejam hujan dah terapung kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Tinjauan di media sosial mendapati, sebahagian pengguna berkongsi keadaan semasa di kawasan masing-masing yang dinaiki air sehingga menjejaskan kediaman serta laluan utama.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Amil Huda memaklumkan rumahnya di Felcra Semungkis, Hulu Langat telah dinaiki air.

“Hujan lebat beserta angin kuat…banjir lagi kami ini. Tengah solat zuhur air makin tinggi, masuk dalam rumah. Sujud atas sejadah terapung. Peti ais tak larat nak angkat selamatkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, Zulkifli Mohamed Sharif memaklumkan beberapa laluan di Meru turut terjejas akibat banjir kilat.

“Baru hujan sejam lebih dah terapung kereta dekat Meru. Jalan ke Aman Perdana pun dah tenggelam sebelah,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada laporan rasmi mengenai jumlah mangsa terlibat atau pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN