fbpx
Cole Palmer bakal menjadi sandaran utama The Blues pada aksi malam esok. - Foto ihsan Facebook Chelsea

EPL: Chelsea mahu kembali capai standard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus sementara Chelsea, Calum McFarlane enggan memasang impian sebaliknya bertegas hanya kerja keras mampu untuk menyelamatkan pasukan daripada terus mengalami kekalahan.

McFarlane juga sedar prestasi pasukan belum mencapai standard sebenar dan ia perlu segera dibaiki ketika mereka bakal berkunjung ke Anfield menentang Liverpool, malam esok.

Misi utama Chelsea yang tewas enam kali berturut-turut pada aksi liga sebelum ini adalah segera mengembalikan tiga mata sekali gus membuka peluang buat The Blues perbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris.

“Saya, pemain dan semua orang dalam kelab ini tahu tentang prestasi semasa pasukan, kini kami sedang melakukan segalanya untuk tingkatkan lagi mutu permainan. Kami mahu mengubah apa yang sudah berlaku.

“Kami sudah memiliki asas untuk raih kejayaan. Kami gagal mencapai ketetapan sebenar, namun kami juga tahu standard yang kelab ini sudah tetapkan. 

“Satu-satunya perkara yang boleh kami kawal adalah melakukan perkara dengan tepat, lebih baik dan kekal bekerja keras untuk perbaiki prestasi semasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN