Petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PRN Melaka: 69.18 peratus keluar mengundi setakat pukul 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 terus meningkat kepada 69.29 peratus, sekali gus semakin menghampiri sasaran 70 peratus dengan berbaki kira-kira sejam sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 6 petang ini.

Berdasarkan data terkini yang dipaparkan menerusi papan pemuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 463,685 daripada keseluruhan 669,211 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Jumlah itu menyaksikan kadar kehadiran pengundi hanya berbaki 0.71 mata peratusan lagi untuk mencapai sasaran 70 peratus.

Mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (DUN), Serkam mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 78.61 peratus, diikuti Ayer Molek (77.97 peratus) dan Tanjung Bidara (75.42 peratus).

Sementara itu, Sungai Rambai merekodkan kehadiran sebanyak 75.26 peratus, Duyong (74.28 peratus), Ayer Limau (74.11 peratus) dan Merlimau (73.34 peratus).

DUN Bandar Hilir pula mencatatkan kadar kehadiran paling rendah setakat ini iaitu 56.70 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN