JAKARTA – Seorang guru di Indonesia menerima pujian orang ramai apabila mengarahkan seorang pelajar lelaki dan perempuan untuk memutuskan hubungan selepas ditangkap ‘dating’ di dalam kawasan sekolah, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pasangan kekasih itu dipanggil ke bilik bimbingan dan kaunseling.
Selain memberikan teguran, guru yang mengendalikan kes itu mengambil tindakan tegas dengan meminta mereka memutuskan hubungan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Nak meneruskan hubungan boleh tetapi jangan ‘dating’ di dalam sekolah,” kata seorang netizen.
“Cinta tidak direstui guru,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














