fbpx
Keadaan Kedai Keropok Paksu Losong yang musnah dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu hari ini.

Kedai keropok lekor losong terkenal musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebuah kedai keropok lekor terkenal berusia 32 tahun musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian mencecah RM500,000 di Kampung Losong Haji Su di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 5.30 pagi itu turut memusnahkan stok keropok lekor vakum dan keropok keping yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM170,000.

Pemilik Kedai Keropok Paksu Losong, Rohaimi Mohd, 43, berkata, kebakaran tersebut dikesan apabila dia memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sewaktu berada di rumahnya di Kampung Losong Masjid pada pukul 5.30 pagi.

“Sudah menjadi rutin saya memeriksa CCTV kedai dari rumah saya sebaik bangun tidur untuk solat subuh.

“Saya terus bergegas ke kedai setelah tidak sedap hati melihat rakaman CCTV itu menunjukkan premis perniagaan saya berada dalam keadaan gelap,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di Kampung Losong Haji Su di sini semalam.

Rohaimi berkata, hatinya berdebar apabila melihat kepulan asap dari kedainya sebelum memberanikan diri memasuki premis perniagaan itu untuk menutup suiz utama.

Menurutnya, dia juga cuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api tetapi gagal.

“Api cepat marak dengan cepat lalu memaksa saya keluar untuk menyelamatkan diri. Saya kemudiannya menghubungi pihak bomba tidak lama kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN