fbpx
Abdul Hadi (dua dari kiri) selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Hadi sahkan pertemuan kepimpinan Pas-UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlakunya pertemuan antara kepimpinan parti tersebut dan UMNO di ibu negara malam tadi.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang yang tidak menyertai pertemuan tersebut menyifatkannya sekadar pertemuan biasa.

“Saya tidak terlibat (dalam pertemuan Pas dan UMNO), (namun) dimaklumkan kepada saya.

“Pertemuan biasa, orang hendak berjumpa, kita berjumpa,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar beberapa pemimpin Pas termasuk naib presidennya, Datuk Idris Ahmad memasuki Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dipercayai untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO malam tadi.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula dipetik berkata, Muafakat Nasional (MN) 2.0 perlu dijayakan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan politik Melayu dan Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 dan beberapa pilihan raya negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, usaha untuk menghidupkan semula MN selaras dengan konsep Pas yang menekankan kepentingan Melayu dan Islam dalam kepimpinan negara.

Beliau menegaskan Melayu Islam mesti memimpin negara tanpa meminggirkan kedudukan masyarakat majmuk bukan Islam dalam negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN