fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Nrshf94.

‘Tak banyak, tapi saya ikhlas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan seorang murid tahun dua meninggalkan sekeping nota berserta wang kertas RM1 di atas meja gurunya menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Nrshf94, nota ringkas yang ditinggalkan kanak-kanak bertujuan untuk membalas jasa guru tersebut yang kerap membelanjanya sebelum ini.

“Assalamualaikum cikgu. Terima kasih sebab selalu belanja saya, hari ini biar saya belanja cikgu pula, tak banyak tapi saya ikhlas,” tulisnya.

Tersentuh dengan keikhlasan anak muridnya itu, guru berkenaan menyifatkan niat murni kanak-kanak terbabit sebagai sesuatu yang sangat bernilai.

“Alahai, comel betul niat nak belanja cikgu balik. Ini yang paling mahal sebenarnya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, pemilik akaun mendedahkan murid tersebut seorang kanak-kanak yang baik, sopan dan mempunyai tahap empati yang tinggi walaupun baru berusia lapan tahun.

Malah, guru berkenaan turut merancang untuk membingkaikan wang RM1 tersebut sebagai kenangan seumur hidup.

Rata-rata pengguna berasa terharu dan memuji didikan ibu bapa serta sikap matang yang ditunjukkan oleh murid tersebut.

“Masya-Allah anak bertuah lagi bijak, pandai menghargai cikgunya. Kata-kata yang sangat mahal. Semoga awak membesar dengan baik,” kata Nisasarah_ .

“Bagus adik, didikan macam ini semuanya datang dari rumah dan ibu bapa,” ujar _Juraaaaa.

“Hadiah ini yang paling mahal sebenarnya daripada semua penghargaan yang kita pernah dapat,” tambah Neosanccc. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN