fbpx
Gambar hiasan

Lebih 10 Ahli Parlimen pembangkang berminat sertai semula UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 10 Ahli Parlimen pembangkang dikatakan menunjukkan minat untuk kembali menyertai UMNO selepas melihat pendekatan terbuka dan berlapang dada yang dibawa kepimpinan parti itu ketika ini.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang memaklumkan kebanyakan pemimpin pembangkang yang pernah bertanding menentang Barisan Nasional (BN) mula menunjukkan kecenderungan untuk kembali ke “rumah besar” parti berkenaan.

Menurut beliau, beberapa sesi pertemuan dan perbincangan diadakan bersama pihak terlibat menerusi jawatankuasa tertentu bagi membincangkan perkara tersebut.

“Memang ada halangan, tetapi saya boleh katakan kebanyakan mereka yang bersetuju amat berminat untuk menyertai kembali rumah bangsa.

“Yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang yang sebelum ini bertanding melawan BN,” katanya kepada pemberita.

Selain pemimpin utama, kemasukan semula turut melibatkan penyokong di peringkat akar umbi yang datang secara berkumpulan ke bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara.

Katanya, jumlah sebenar mereka yang kembali menyertai parti masih belum dapat dipastikan kerana kemasukan berlaku hampir setiap hari.

“Presiden juga meminta semua bahagian mengambil pendekatan proaktif untuk mendekati mereka. Kalau orang yang pernah memaki hamun dan memfitnah Presiden pun boleh dimaafkan, apa salahnya kita di peringkat bahagian berlapang dada,” ujarnya.

Ditanya mengenai jumlah Ahli Parlimen yang berminat menyertai semula UMNO, beliau mengesahkan angka itu melebihi 10 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN