fbpx
Gambar yang dikongsi Najib di Facebook beliau, hari ini.

Najib imbau pelancaran LRT3 pada 2016 ketika jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau kembali pelancaran projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) pada Ogos 2016, yang menurutnya berlangsung ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menerusi satu hantaran di media sosial, Najib berkata, projek itu dilancarkan ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Menurut beliau, kerajaan ketika itu tidak menjadikan perbezaan politik sebagai penghalang untuk melaksanakan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan BN tidak berkira, tidak main politik dalam soal pembangunan. Asalkan projek baik untuk rakyat, kita buat,” katanya.

Najib turut mendakwa ketika pelancaran projek berkenaan pada 2016, sasaran asal adalah untuk menyiapkannya sekitar tahun 2020, sekali gus memberi cabaran besar kepada pasukan pelaksana memandangkan tempoh pembinaan hanya sekitar empat tahun.

Beliau berkata, walaupun projek transit aliran massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT1) sepanjang 51 kilometer mengambil masa kira-kira enam tahun untuk disiapkan, beliau yakin LRT3 yang berjarak 37.8 kilometer mampu disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, pentadbiran BN ketika itu memberi penekanan kepada pencapaian prestasi dan petunjuk prestasi utama dalam pelaksanaan projek.

LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia kini telah siap dan mula beroperasi selepas melalui beberapa penangguhan daripada sasaran asal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN