fbpx
Gambar hiasan.

Jenazah lewat kebumi: Polis terima tujuh laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Sebanyak tujuh laporan diterima berkaitan isu pengurusan jenazah remaja perempuan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung isu berkenaan yang berlaku pada 25 Jun lalu.

“Sehingga pukul 5 petang ini, sebanyak tujuh laporan diterima dan masih dalam siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi  dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara telus serta terperinci terhadap semua pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya mempunyai maklumat, orang ramai boleh menghubungi Ketua Polis Balai Ampang di talian 03-4289 7222.

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa pengebumian jenazah anaknya tertangguh hampir sejam selepas berlaku pertikaian berhubung caj pengurusan jenazah sebanyak RM1,400 yang didakwa dikenakan oleh sebuah badan khidmat pengurusan jenazah.

Sehubungan itu, JAIS menafikan masjid terbabit menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi pengurusan jenazah berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, pihak masjid mendapati borang permohonan pengebumian dikemukakan waris kepada pengurusan kubur adalah palsu dan satu laporan polis telah dibuat semalam.

Terdahulu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung borang permohonan pengebumian yang disyaki palsu dalam insiden di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Setakat ini, kita sedang siasat tandatangan yang disyaki palsu pada dokumen berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN