Anwar (kanan) dan Anthony.

Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke walaupun bekas Menteri Pengangkutan itu sudah mengumumkan perkara itu, dua hari lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu berunding semula dengan Setiausaha Agung DAP itu.

“Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula,” katanya pada ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH), di sini malam ini.

Menurutnya, Anthony sudah mengemukakan pelbagai cadangan dan projek bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta memudahkan perjalanan harian rakyat.

“Apabila saya memujinya, ada pihak daripada Pas dan UMNO mempersoalkan mengapa Anwar memuji DAP atau orang Cina, tetapi apabila kita melantik seseorang menteri, perkara yang penting ialah sama ada menteri itu amanah, bersih dan bekerja keras.

“Orang seperti beliau diminta meletakkan jawatan, sedangkan mereka yang bermasalah pula diminta kekal. Dunia sudah terbalik,” katanya.

Sebelum ini, Anthony meletakkan jawatan serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, Selasa lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN