fbpx
ZALIHA.

PRN Johor: PH tampil 10 manifesto fokus keperluan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor dijangka memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat dengan kira-kira 10 tawaran utama yang memberi fokus kepada keperluan semasa rakyat di negeri ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustapha berkata, manifesto berkenaan kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diumumkan kepada orang ramai.

Menurut beliau, sebahagian kandungan manifesto tersebut merupakan penambahbaikan daripada manifesto sebelum ini selain turut menampilkan beberapa tawaran baharu yang lebih bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Sebahagiannya merupakan penambahbaikan kepada manifesto lalu, tetapi ada juga tawaran baharu yang lebih relevan dengan keadaan semasa,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Keadilan di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara fokus utama yang akan diberi perhatian menerusi manifesto tersebut ialah pembangunan golongan muda, peluang pekerjaan, pemilikan rumah dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Dalam perkembangan sama, Zaliha turut menyatakan keyakinan bahawa momentum sokongan terhadap PH di Johor terus menunjukkan peningkatan menjelang PRN Johor.

Katanya, gelombang sokongan itu dilihat berlaku secara menyeluruh merangkumi kawasan selatan, tengah dan utara negeri ini.

“Kita melihat gelombang sokongan berkenaan berterusan dari selatan, tengah hingga utara Johor. Gelombang sokongan itu dapat dilihat sejak Konvensyen Harapan Johor pada Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran lebih 15,000 penyokong ketika majlis pengumuman calon, baru-baru ini turut memberi keyakinan bahawa sokongan terhadap PH semakin meningkat.

“Kehadiran lebih 15,000 orang ketika pengumuman calon baru-baru ini memberi keyakinan bahawa sokongan terhadap PH semakin baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN