fbpx
RASHID (dua dari kiri) beramah mesra dengan penduduk di Kampung Rahmat ketika melakukan ziarah penduduk hari ini. Foto ADNAN IBRAHIM

PRN Johor: ‘Lima tahun susah senang, orang Senggarang kenal saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – “Orang Senggarang kenal sangat dengan saya. Lima tahun mereka pernah bersama saya dalam susah dan senang.”

Demikian keyakinan disuarakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Datuk Rashid Hasnon yang percaya pengalaman serta rekod perkhidmatannya sebelum ini menjadi kekuatan utama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata, tempoh berkhidmat dari tahun 2018 hingga 2022 memberi ruang kepadanya mendekati masyarakat pelbagai lapisan serta memahami keperluan sebenar penduduk di kawasan berkenaan.

“Keputusan untuk kembali bertanding selepas berehat sejak tahun 2022 bukan sekadar mahu kembali aktif dalam politik, sebaliknya bagi meneruskan legasi perkhidmatan yang pernah dilaksanakan di kawasan Batu Pahat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga isu utama yang perlu diberi perhatian segera di kawasan DUN Senggarang iaitu meningkatkan capaian internet yang lebih baik khususnya bagi membantu golongan muda memanfaatkan teknologi dalam aktiviti ekonomi dan pekerjaan.

“Selain itu masalah banjir kesesakan jalan raya antara Penggaram dan Senggarang yang sering dihadapi penduduk terutama golongan belia yang berulang-alik ke bandar Batu Pahat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN