fbpx
Syed Abu Hussin Hafiz beramah mesra bersama mahasiswa dan mahasiswi dalam sesi khas di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang beri bayangan bertanding bebas PRU16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT GANTANG – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal memberi bayangan jelas bahawa beliau bersedia bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya landskap politik semasa terus tidak menentu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas menilai keadaan politik semasa yang disifatkannya masih bercelaru dan belum stabil.

Beliau menegaskan, ketika ini fokus utamanya adalah memperkukuhkan sokongan akar umbi dan hubungan terus dengan rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.

“Kekuatan sebenar seseorang calon tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada parti politik, sebaliknya kepada khidmat dan penerimaan rakyat.

“Politik sekarang ini tak boleh buat keputusan cepat. Keadaan belum menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukannya sama ada akan bertanding atas tiket mana-mana parti atau sebagai calon Bebas pada PRU16 ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang disini hari ini.

Tegasnya, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas kerana yakin dengan kekuatan peribadi serta rekod khidmatnya kepada rakyat.

“Saya tak mahu menumpang parti kawan-kawan. Saya nak parti tumpang dengan saya,” katanya.

Katanya, landskap politik semasa menyaksikan tiada lagi parti yang boleh mendakwa kemenangan hanya bergantung kepada jenama semata-mata.

“Pengundi kini lebih matang dan menilai berdasarkan prestasi serta keberkesanan wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Dalam perkembangan sama, beliau turut bercadang untuk meletakkan calon-calon pilihannya sendiri di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bukit Gantang menjelang PRU16.

Tiga DUN berkenaan ialah DUN Terong, DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang yang disifatkan sebagai kawasan strategik dalam menentukan kekuatan politik setempat.

“Kali ini saya mahu ada pasukan sendiri. Orang saya mesti ada di ketiga-tiga DUN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN