fbpx

Penunggang motosikal rempuh sekatan pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan penunggang motosikal yang berjaya melalui sekatan jalan raya di sempadan Bekasi-Kerawang, selepas pihak berkuasa terpaksa membuka penghadang jalan. – Warta Kota

JAKARTA –  Beribu-ribu penunggang motosikal bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya di sempadan Bekasi-Kerawang, Jawa Barat untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Menurut laman berita Warta Kota, jumlah motosikal yang banyak itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer.

Penunggang-penunggang motosikal itu juga tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa supaya mereka berpatah balik, malah ada yang bertindak melawan arus.

Susulan keengganan mereka untuk berpatah balik serta cubaan berterusan untuk melalui sekatan jalan raya, pihak keselamatan akhirnya terpaksa membuka penghadang jalan buat seketika bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Ini membolehkan penunggang-penunggang motosikal tersebut untuk melintasi kawasan sempadan dan menuju ke destinasi masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya Polis Bekasi, Hendra Gunawan berkata, pihaknya telah berusaha untuk menghalang orang ramai daripada melintasi kawasan sempadan.

“Bagaimanapun, untuk mengelakkan kesesakan yang teruk, kami terpaksa membuka penghadang sekatan.

“Kami akan menambah bilangan anggota dan berharap agar kejadian ini tidak berulang,” ujarnya.

Pemerintah Indonesia melarang aktiviti pulang ke kampung (mudik lebaran) sempena Aidilfitri selama 12 hari bermula 6 hingga 17 Mei ini bagi mencegah penularan wabak Covid-19. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI