fbpx
ANGGOTA polis bersama rampasan dadah dan suspek yang diberkas. – NAYIBBUKELE/X

Lebih 6 tan kokain dirampas di Lautan Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN SALVADOR – Pihak berkuasa di El Salvador merampas lebih enam tan kokain yang diangkut di Lautan Pasifik, kata Presiden  Nayib Bukele semalam.

Dadah tersebut ditemui kelmarin oleh Tentera Laut El Salvador di atas dua kapal berasingan  yang setiap satu membawa kuantiti kokain yang sama serta tiga anak kapal.

Rampasan kokain itu dianggarkan bernilai  sekitar AS$167 juta(RM691 juta), demikian menurut Bukele, yang menyifatkan operasi itu sebagai ‘rekod nasional baharu’.

Beliau berkata, enam suspek turut ditangkap.

“Kami membawa perang melawan pengedaran dadah ke tempat-tempat yang sebelum ini beroperasi dengan bebas,” kata Bukele dalam kenyataan di platform X.

El Salvador merampas lebih 13 tan kokain sepanjang tahun ini, tambah presiden itu, iaitu kuantiti dianggarkan bernilai AS$332 juta (RM1.3 bilion). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN