KOKAIN yang dicuri diganti dengan tepung gandum. - AGENSI

Kokain rampasan dicuri, diganti tepung gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUVA – Pihak polis Fiji kini sedang mempergiat usaha memburu dalang di sebalik kes kecurian dadah secara besar-besaran, selepas puluhan bungkusan kokain yang disimpan di dalam bilik simpanan bahan bukti dilarikan dan digantikan dengan tepung gandum.

Negara Kepulauan Pasifik Selatan yang terkenal dengan keindahan pantainya kini dilaporkan menjadi hab persinggahan baharu bagi kartel antarabangsa untuk menyeludup dadah dari Amerika Latin ke Australia.

Sebelum ini, polis Fiji merampas 39 ketul kokain dalam satu serbuan pada tahun 2019, di mana setiap satu seberat kira-kira satu kilogram dan dibalut dengan plastik.

Pesuruhjaya Polis Rusiate Tudravu berkata, penyiasat menyedari tujuh ketul kokain telah hilang pada awal tahun ini.

Kejadian itu mendorong ujian forensik dilakukan ke atas baki simpanan yang disimpan di dalam bilik bukti di Mahkamah Tinggi di ibu negara..

Ujian menunjukkan kokain yang pernah disimpan di dalam bilik bukti tersebut telah dilarikan di bawah kawalan polis dan digantikan dengan bungkusan tepung.

Tudravu berkata, berdasarkan penemuan tujuh ketul dadah yang hilang serta bukti berlakunya pencerobohan, mereka memutuskan untuk menguji kesemua bungkusan yang tinggal. 

“Hasil ujian mendapati ia negatif daripada sebarang kesan dadah haram.

“Namun, ujian yang dijalankan sejurus selepas rampasan pada tahun 2019 mengesahkan bahawa kesemua bungkusan tersebut sememangnya mengandungi kokain pada waktu itu,” katanya dalam satu sidang media. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN