MEMANG suka buat onar, itulah perangai lucu selebriti muda, Auddra atau mesra dipanggil sebagai Oddah baru-baru ini.
Bukan membuat kecoh atau melakukan perkara tidak elok tetapi gelagatnya menempah sebuah kenderaan e-hailing mewah baru-baru ini mengejutkan ramai, termasuk ibunya sendiri iaitu Sharifah Shahirah atau Shiera.
“Saya ini mak narsisis ke? Dengki dengan kemewahan anak? Sudah kata saya dengki katanya.
“Saya naik Myvi dan Bezza sahaja, asyik menipu saya saja,” selorohnya dalam sebuah video.
Video tersebut meraih jutaan tontonan selain mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan gelagat dua beranak tersebut.














