fbpx

Ingatkan besi buruk rupanya bom zaman perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bom jenis UXO yang ditemui di ladang kelapa sawit Felda Taib Andak, Kulai, Johor petang semalam. Foto : IHSAN POLIS JOHOR

KULAI – Seorang penyelia ladang menyangkakan objek berkarat yang ditemuinya di dalam kebun kelapa sawit di Felda Taib Andak di sini merupakan besi buruk sebelum terkejut selepas mendapati sebutir bom lama dipercayai peledak zaman perang.

Bom itu ditemui kira-kira pukul 3 petang ketika penyelia terbabit melakukan kerja-kerja rondaan sebelum melaporkan kejadian itu kepada Pondok Polis Felda Taib Andak.

Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkata, susulan itu sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Sejurus pasukan sampai di lokasi mendapati sebutir bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Artillery Shell 85 mm dan Artillery Shell Impact Fuse telah ditemui.

“UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama, satu lagi objek disyaki UXO telah dijumpai sekitar 25 meter dari jumpaan UXO pertama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu berkata, tindakan pemusnahan UXO berkenaan dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik ‘high order’ melalui kaedah elektrik.

Jelasnya, pemusnahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

Pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan DIUSIK, DIALIH atau DIGERAKKAN objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,”tegas kenyataan itu.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI