fbpx

Auta rakan kongsi, ahli perniagaan rugi RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta selepas ditipu rakan kongsinya dalam satu kejadian di Taman Johor Jaya di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 52 tahun diperdaya berkaitan urusan pelaburan perniagaan dalam pelancongan.

Menurutnya, ahli perniagaan berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 3.52 petang di Balai Polis Johor Jaya di sini.

“Siasatan awal mendapati mangsa mula berkenalan dengan suspek berusia dalam lingkungan 30an di Kuala Lumpur.

“Setelah lama berkenalan suspek memberi cadangan supaya mangsa melabur dalam sebuah syarikat yang dikatakan menjalankan perniagaan pelancongan dan hartanah di dalam serta luar negara.

“Suspek juga menjanjikan mangsa akan mendapat pulangan dividen dan juga pemilikan saham sebanyak 23.3 peratus serta modal perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, selepas termakan janji manis itu, mangsa membuat beberapa pembayaran kepada suspek sebanyak RM1.2 juta antara tahun 2019 hingga 2020.

Ujarnya, mangsa cuba menghubungi suspek beberapa kali namun gagal sebelum lelaki itu menghilangkan diri lalu mangsa membuat laporan polis.

Beliau memberitahu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi kerana itu merupakan helah sindiket penipuan,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI