fbpx

Tiada kesan dadah, alkohol pada spesimen Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nazrin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada kesan dadah atau alkohol pada tiga spesimen daripada badan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya, tiga tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke – 40 , B.Govinda Raj yang juga Ahli Kimia di Jabatan Kimia Malaysia berkata, keputusan itu diperoleh selepas pihaknya menerima tiga spesimen masing-masing bertanda A,B dan C atas nama ‘Nazrin Bin Hassan’ untuk dianalisa pada 18 Jun 2018.

“Saya telah menjalankan analisis alkohol terhadap spesimen air kencing (urine),  paru-paru (Volatile Subtance) dan psoas muscle (otot psoas) mangsa, dan hasil analisis itu tiada kesan dadah serta alkohol pada ketiga-tiga spesimen tersebut.

“Berdasarkan analisis yang dilakukan, saya kemudian telah menyediakan satu laporan kimia hasil analisis itu pada 20 Julai 2018,” katanya.

Govinda Raj berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi pada perbicaraan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman di sini.

Ketika prosiding, semasa disoal peguam bela, L S Leonard sama ada mangsa meninggal dunia bukan disebabkan alkohol, Govinda Raj berkata perkara tersebut bukan dalam bidang kuasanya, sebaliknya ia hanya boleh disahkan oleh Jabatan Patologi.

Terdahulu saksi turut memaklumkam tiada kesan karbon monoksida di dalam badan Nazrin.

Govinda Raj berkata, berdasarkan analisis yang sama, tidak ada bahan mudah bergerak dikenal pasti dalam spesimen milik si mati.

Perbicaraan bersambung lagi esok.

Samirah, 45, dan dua lagi remaja serta seorang lagi yang masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail, Ashyraf Ashy’ari, Siti Rohaida Che Hamid dan Mohd. Asnawi Abu Hanipah.

Pembelaan diwakili Leonard, Rahmat Hazlan dan Savreena Kaur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI