fbpx

‘Terima kasih bomba selamatkan anak kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan terkunci di dalam sebuah kereta di Bayan Lepas hari ini.

GEORGE TOWN – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak perempuan mereka berusia dua tahun terperangkap hampir lima minit di dalam sebuah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah tadika swasta di Lintang Mayang Pasir, Bayan Lepas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit dikatakan tertekan butang pada pintu menyebabkan dia terkunci semasa berada seorang diri di dalam kereta jenis Honda City berwarna hitam yang enjinnya masih hidup.

Kejadian disedari oleh ibu bapanya sebaik mahu membuka pintu kereta terbabit sebelum terus menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bagi mendapatkan bantuan.

Pegawai Operasinya, Mohd. Mustakin Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.54 tengah hari dan tiba ke situ kurang lima minit kemudian.

“Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengumpil pintu bahagian pemandu sebelum mangsa berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, di Kepal Batas dekat sini, seorang bayi lelaki berusia setahuan turut dilaporkan terperangkap di dalam kereta Perodua Kelisa di sebuah bengkel di Jalan Paya Keladi Hujung kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta bagi menyelamatkan mangsa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI