fbpx

Aktiviti pelancongan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Aktiviti pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mulai esok.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) aktiviti itu masih tidak dibenarkan.

Beliau berkata, bagi kawasan PKPB aktiviti tersebut dibenarkan beroperasi pada 50 peratus daripada kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Bagi kawasan PKPP pula, aktiviti pelancongan domestik berikut dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP berkaitan.

“Antara aktiviti yang dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP adalah seperti lawatan zoo, taman rekreasi, premis hasil seni, budaya, muzium taman tema dan pusat hiburan keluarga,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, lain-lain aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah
senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.

Katanya, walaupun kebanyakan sektor dan aktiviti telah dibenarkan, namun masih terdapat sektor atau aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang yang boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI