fbpx

222 Pemegang ijazah PHD sokong pengisytiharaan darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Seramai 222 pemegang ijazah Phd di seluruh negara hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan kepada Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Profesor Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, pelaksanaan tersebut merupakan langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif Covid-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak Disember lalu.

“Kami menyanjung tinggi keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Kami juga menolak sebarang cadangan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat di samping mengecam sebarang usaha untuk memaksa PRU 15 dilangsungkan selaras dengan kegusaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan Covid-19 dan kesan bencana banjir di negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini

Jelas beliau, semua pihak diminta tidak mempersoal apatah lalgi mencabar pandangan Seri Paduka Baginda bahawa penularan Covid-19 berada di tahap amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan itu (Pengisytiharan Proklamasi Darurat) hanya dibuat setelah Seri Paduka Baginda merundingkannya dengan Raja-Raja Melayu serta memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Buang,” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI