fbpx
Gambar yang dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Agong berkenan dipersembah laporan bina masjid baharu di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, laporan berkenaan dipersembahkan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Pembinaan sebanyak lima masjid baharu itu melibatkan dua di Johor Bahru dan masing-masing satu di Kluang, Mersing dan Kulai.

“Peruntukan pembinaan adalah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta sumbangan orang ramai,” kata kenyataan itu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nasri Md Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Mohd Radzi Mohd Amin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN