fbpx
Hantaran yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan sempena Hari Guru 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa serta pengorbanan mendidik anak bangsa.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang menjadi tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara.

Baginda turut menzahirkan penghargaan atas kesabaran, dedikasi serta pengorbanan para guru dalam menyampaikan ilmu dan memupuk nilai murni kepada pelajar.

Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua berharap kebajikan warga pendidik akan terus diperkasa dan dipertingkatkan supaya bidang perguruan kekal dihormati serta mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang cemerlang.

Hari Guru 2026 disambut hari ini dengan tema Guru Bitara Nadi Negara sebagai penghargaan kepada jasa dan peranan besar guru dalam pembangunan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN