fbpx
Sultan Ibrahim berkenan santap pagi di Hentian Rehat dan Rawat Dusun Panti, Kota Tinggi, pagi ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong berkenan santapan pagi menu lontong di R&R Dusun Panti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluang masa santap pagi di Hentian Rehat dan Rawat Dusun Panti, Kota Tinggi, pagi ini.

Menerusi hantaran dikongsikan pada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan menikmati santapan pagi menu lontong.

“Orang ramai yang sedang menikmati sarapan pagi di Midway Hentian Rehat dan Rawat Dusun Panti, Kota Tinggi, bagaikan tidak percaya dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada hari ini.

“Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN