fbpx

MyIPO keluarkan senarai pengecualian fi di bawah cap dagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Roslan

PETALING JAYA- Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersetuju memberi pengecualian fi bagi beberapa permohonan di bawah cap dagangan serta pengubahan fi bagi kelewatan pembaharuan cap dagangan.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pengecualian itu dibuat atas dasar prihatin terhadap usahawan dan pemilik cap dagangan yang terkesan akibat wabak Covid-19.

“Pengecualian fi turut diberikan kepada pembayaran surcaj bagi paten dan perakuan utiliti. Pengecualian ini di ditawarkan dalam tempoh enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2021 kepada pemilik cap dagangan dan paten sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi kumpulan individu, mereka yang layak ialah individu daripada kumpulan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Nasional serta yang mempunyai pendapatan terjejas.

Bagi kategori perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi, MyIpo menggariskan tiga kriteria iaitu memperoleh kelulusan penyambungan moratorium dan fleksibiliti pembayaran balik daripada mana-mana institusi kewangan; mempunyai masalah aliran tunai atau menghadapi keberhutangan dan kesulitan membuat pembayaran hutangnya.

Untuk pengecualian fi cap dagangan, kriteria yang tertakluk ialah pindaan nama atau alamat pemohon dan pembetulan nama atau alamat tuan punya berdaftar; permohonan pelanjutan masa dan prosiding lain selain bangkangan, dan pemfailan dokumen secara manual yang tidak tertakluk kepada
golongan bersasar.

“Pengubahsuaian fi bagi pembaharuan lewat cap dagangan yang tempoh pendaftarannya tamat antara 1 Januari hingga 30 Jun 2021, dikurangkan daripada RM1,200 kepada RM1,000 sahaja.

“Manakala bagi paten pula, setiap pemilik paten dan Perakuan bagi Perbaharuan Utiliti yang tamat tempoh di antara 1 Januari hingga 30 Jun 2021, diberi tempoh enam bulan bagi pembayaran pembaharuan tanpa dikenakan fi surcaj kelewatan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI