fbpx
LARIN (kiri) meledak gol penyamaan buat Kanada ketika mengikat Bosnia pagi tadi sekali gus membantu pasukan itu meraih mata pertama dalam sejarah aksi di Piala Dunia. - AFP

Piala Dunia 2026: Kanada cipta sejarah biarpun seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORONTO – Kanada berjaya mengelak kekalahan pada aksi pertama apabila bangkit mengikat Bosnia 1-1 pada aksi pagi tadi untuk meraih mata pertama dalam sejarah mereka pada penyertaan di Piala Dunia.

Kanada yang tuan selaku tuan rumah bersama pada edisi kali ini tidak pernah berjaya meraih sebarang mata dua penampilan sebelum ini pada 1986 dan 2022 apabila tewas semua enam perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, aksi kali ini menyaksikan mereka ketinggalan selepas Joko Lukic meletakkan Bosnia di hadapan pada minit ke-21 sebelym Cyle Larin muncul penyelamat Kanada apabila meledak gol penyamaan kira-kira 12 minit sebelum masa perlawanan sebenar berakhir.

Kanada berjaya menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama, namun gagal menghasilkan peluang yang benar-benar berbahaya.

Stadium bergema pada minit ke-17 apabila penyerang Jonathan David mempunyai peluang jelas untuk menjaringkan gol, tetapi percubaannya mudah diselamatkan oleh penjaga gol Bosnia, Nikola Vasilj.

Babak kedua bermula dengan corak permainan yang hampir sama, apabila Kanada terus mengasak tetapi gagal menemui sentuhan penyudah.

Pertahanan berpengalaman Bosnia, Sead Kolasinac menyelamatkan pasukannya daripada bolos apabila menampan percubaan Jonathan David yang hampir pasti menghasilkan gol ke palang, sekali gus menambah kekecewaan Kanada.

Namun, jaringan Larin pada minit ke-78 menjadi detik bersejarah dalam sejarah penyertaan Kanada di Piala Dunia yang masih terhad, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh daripada kira-kira 43,000 penyokong yang majoritinya menyokong Kanada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN