DIA bukanlah artis popular, namun nama Marissa Dania memang tidak pernah sunyi daripada menjadi bahan bualan netizen.
Kali ini, bukan tentang cerita sensasi rumah tangganya tetapi Marissa mencuri perhatian apabila dilihat semakin aktif membuat vlog kehidupan hariannya dalam media sosial.
Dia yang sebelum ini tertutup tentang kehidupan peribadi kini dilihat semakin terbuka termasuk berkongsi aktiviti bersama keluarga tercinta.
Kebanyakan netizen melihat hari-hari dilalui Marissa lebih tenang malah ada yang mengusik apabila puteri kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu kerap membeli barang kemas.
“Sukanya melihat Marissa sekarang, nampak lebih gembira dan kuat. Teruskan!
“Dia beli emas macam beli baju, tak apalah, fokus pada kebahagiaan diri sahaja,” komen netizen.














