fbpx

Kematian Nora Anne dirumuskan sebagai peristiwa malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Nora Anne

SEREMBAN – Mahkamah Koroner Seremban hari ini membuat kesimpulan kematian remaja Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin sebagai peristiwa malang (misadventure).

Koroner Maimoonah Aid berkata, beliau juga menolak dakwaan semua andaian yang berunsur jenayah dan penglibatan pihak ketiga.

“Selepas mendengar semua bukti yang berkaitan, saya memutuskan bahawa tidak ada pihak yang terlibat dalam kematian Nora Anne.

“Mangsa (Nora Anne) mati akibat ‘misadventure’, dia telah keluar dari rumah sendiri dan kemudiannya hilang dalam ladang kelapa sawit,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak boleh membuat spekulasi penglibatan pihak ketiga tanpa fakta.

“Dengan ini siasatan prosiding inkues ini ditutup,” tambahnya.

Seramai 48 saksi telah memberi keterangan sejak prosiding inkues itu bermula pada 24 Ogos tahun lepas.

Nora Anne, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI