fbpx
Areen Melisha.

Di mana Areen Melisha?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit pada pukul 6.34 petang, semalam.

Menurutnya, remaja berkenaan dikenali sebagai Areen Melisha Abdullah, 14, dipercayai hilang kira-kira pukul 6 petang, 5 Julai lalu.

“Remaja terbabit berketinggian kira-kira 1.38 meter dan berat lebih kurang 42 kilogram. Kali terakhir dia dilihat memakai baju-T lengan panjang berwarna kelabu, seluar slack hitam dan bertudung merah jambu berhampiran Apartment City Height, Sungai Chua Kajang, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN