JAKARTA – Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila dia menjadi mangsa serangan buaya di Kabupaten Banyuasin, di wilayah Sumatera Selatan, lapor halaman berita Lambe Turah.
Ketika kejadian, lelaki tersebut sedang membaiki bot di kawasan sungai sebelum diserang buaya.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 1.53 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa yang hilang. – AGENSI














