PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki yang dilihat seolah-olah hilang arah selepas dipercayai menghisap vape mengandungi dadah sintetik dikenali ‘piu-piu’ mengundang pelbagai reaksi netizen apabila video kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi beberapa saat perkongsian pengguna Threads, Izzad Daniel, lelaki berkenaan kelihatan berdiri dalam keadaan tidak stabil, berpusing-pusing dan seakan-akan tidak menyedari keadaan sekeliling.
Dia kemudian dilihat mengamuk sehingga terbaring di lantai dapur dan menyebabkan ruang membacuh air itu menjadi selerak serta bersepah.
“Kesan dadah Fentanyl/ MDMA (methylenedioxymethamphetamine) atau bahasa jalannya ‘piu-piu’,” katanya Izzad Daniel.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa terus meningkatkan pemantauan serta kawalan terhadap penyalahgunaan dadah jenis rokok elektronik itu.
“Penangan ‘piu-piu’ sampai terbang abang ni. Memang terus hilang kawalan, kewarasan,” kata seorang pengguna.
“Bukan khayal biasa, tengok pun dah seram,” komen Hasni.
“Apa kita kuta sebagai netizen tubuh satu kumpulan untuk banteras geng ‘piu-piu’ ni. Kita sapu ‘dealer’ kecil-kecil ni,” cadang Naiem.
“Kalau memandu dalam keadaan macam ini, bukan saja bahaya untuk diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














