fbpx
Ahmad Amzad ketika dirawat di IJN hari ini.

MP Kuala Terengganu dimasukkan ke IJN selepas alami pening di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah kesihatan ketika berada di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad mengalami pening dan hampir pitam ketika hadir bagi mengikuti sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) sebelum dijadualkan mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2024.

“Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Parlimen untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.

“Hasil pemeriksaan serta penilaian lanjut oleh pegawai perubatan, beliau dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa dengan ambulans dan dimasukkan ke wad bagi tujuan pemantauan serta rawatan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Susulan itu, beberapa urusan rasmi, pertemuan dan program yang dijadualkan melibatkan Ahmad Amzad sepanjang minggu ini terpaksa ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta berharap semua pihak dapat memahami keadaan tersebut.

Orang ramai juga diminta mendoakan agar Ahmad Amzad diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sebarang perkembangan mengenai keadaan beliau akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN