PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, berpesan kepada orang ramai supaya keluar awal untuk mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.
Beliau berkata, keluar awal membolehkan para pengundi lebih selesa dan tidak perlu beratur panjang.
“Bang Mat nak pesan kepada semua pengundi, 11 Julai nanti jangan lupa keluar mengundi. Kalau boleh, keluarlah awal supaya lebih selesa dan tidak perlu beratur panjang,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial selepas selesai menyampaikan ceramah di Dewan Undangan Negeri Kemelah, Johor malam tadi.
Pada masa sama, Mohamad turut menyeru supaya sokongan diberi kepada calon Pakatan Harapan (PH).
“Bang Mat juga mengajak semua pengundi untuk memberi sokongan kepada calon PH. Kita nak terus jaga semua rakyat tanpa mengira kaum, kukuhkan ekonomi, tambah peluang pekerjaan dan pastikan Johor terus maju,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














