fbpx

400 serbu kedai Nike diarah bersurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai beratur di luar sebuah kedai untuk mendapatkan kasut Nike Air Max 95 OG Neon yang baru dilancarkan. – LIVERPOOL ECHO

LONDON – Sekurang-kurang­nya 400 pelanggan diarah bersurai ketika beratur untuk membeli kasut Nike Air Max 95 OG Neon yang baru dilancarkan semula di sebuah kedai di Liver­pool kelmarin, lapor akhbar Mirror UK.

Difahamkan, sebilangan mereka sanggup mendirikan khemah dan bermalam di luar kedai untuk menjadi orang pertama membeli kasut ber­kenaan.

Jurucakap polis daerah Merseyside berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai kejadian ber­kenaan sekitar pukul 7.05 pagi (waktu tempatan) sebelum bergegas ke lokasi.

“Beberapa anggota polis diarah pergi ke sebuah kedai di pusat bandar Liverpool pagi ini (kelmarin) selepas menerima aduan terdapat perhimpunan di luar premis tersebut.

“Anggota-anggota kami yang tiba di lokasi itu telah menasihatkan pemilik dan kakita­ngan kedai serta meminta orang ramai yang berkumpul di luar untuk bersurai sebelum premis tersebut ditutup,” kata jurucakap polis.

Menurut akhbar Liverpool Echo, kasut Nike Air Max 95 OG Neon dikatakan menjadi kegilaan penduduk di bandar tersebut sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1995.

Disebabkan sudah lama tidak terdapat di pasaran, ia mendorong orang ramai untuk menyerbu kedai berkenaan dan mendapatkan kasut tersebut sebelum kehabisan stok.

Seorang pejalan kaki yang enggan dikenali berkata, orang ramai yang beratur di luar premis berkenaan terlalu ramai dan mereka dilihat tidak menjaga penjarakan fizikal mengakibatkan laporan polis dibuat.“Kita boleh lihat betapa ramai jumlah mereka yang beratur di luar kedai itu dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Lebih 400 orang yang beratur dan mereka tidak melakukan penjarakan sejauh 2 meter. Polis juga berada di situ dan ia di luar kawalan. Ia sesuatu yang amat membimbangkan ketika musim pandemik ini,”
katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI