fbpx
Tangkap layar rakaman video tular yang memaparkan suspek memasuki sebuah kedai runcit dan menyamun mangsa di Taman Klebang Ria, Chemor pada 31 Mei lalu.

Polis kesan tiga lelaki samun kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis mengesan tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek lelaki memasuki premis berkenaan dengan membawa parang sebelum melarikan wang tunai dan beberapa barangan milik mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dialami mangsa semasa kejadian berlaku.

“Susulan laporan yang diterima, polis telah menjalankan siasatan dan telah mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan dua lelaki bersenjatakan parang yang memasuki sebuah kedai dan melarikan beberapa barang termasuk milik mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN