fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lembu jantan itu merempuh sebuah kedai gunting rambut di Turkiye baru-baru ini. - NewsX

Lembu korban 1.5 tan naik minyak, rempuh kedai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Kakitangan dan pelanggan sebuah kedai gunting rambut di Turkiye berdepan detik cemas apabila seekor lembu jantan seberat 1.5 tan dipercayai merempuh premis itu, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di daerah Sultanbeyli, Istanbul, baru-bauru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis menunjukkan lembu gergasi itu merempuh tingkap sebelum meluru masuk ke dalam kedai dan tergelincir di lantai. 

Kakitangan dan pelanggan bertempiaran lari, manakala sebilangan lagi berhimpit di belakang premis untuk menyelamatkan diri. 

Haiwan itu dibeli oleh pemiliknya untuk tujuan ibadah korban. Lembu itu dilaporkan melarikan diri dan berkeliaran di kawasan perumahan sebelum merempuh kedai gunting rambut. 

Pemilik premis, Resit Koni berkata, tiada sesiapa yang cedera. 

“Ada ramai pelanggan semasa kejadian termasuk seorang kanak-kanak. Saya melindungi kanak-kanak itu agar dia tidak takut,” kata Koni. 

Selepas gagal mengawal haiwan itu, penduduk tempatan meminta bantuan majlis perbandaran. Lembu itu akhirnya ditangkap dan dikembalikan kepada pemiliknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN