fbpx

Sembilan polis KL diberkas terlibat salah laku jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL) diberkas atas pelbagai salah laku jenayah.

Kesemua mereka berusia 29 hingga 58 tahun diberkas dalam beberapa siri tangkapan bermula 25 November hingga 8 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, tangkapan ke atas anggota polis itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung salah laku jenayah mereka.

“Antara salah laku yang dilakukan termasuk pemerasan, ugutan jenayah dan terlibat dalam sindiket penglibatan dadah.

“Selain itu, seorang daripada sembilan suspek itu didapati tidak hadir tugas selama 24 hari berturut-turut dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 86 Akta Polis 1967 iaitu pembolosan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua suspek sudah dituduh di mahkamah baru-baru ini.

“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan dengan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI