fbpx

Tiada jangkitan pada sarung tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Tiada laporan diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung sarung tangan getah daripada kilang Top Glove terkena jangkitan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara itu selepas ditanya susulan Kluster Teratai yang melibatkan pekerja kilang tersebut.

“Mengenai sarung tangan getah kita lihat tiada laporan mengenai jangkitan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pekerja kilang tersebut yang dikesan positif sudah diasingkan dan menerima rawatan manakala, individu negatif tetapi terdedah dengn kes positif sedang menjalani kuarantin 14 hari.

“Semalam kumpulan pertama pekerja kilang tersebut disaring dan ia masih diteruskan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 4,124 kes positif dikesan dalam Kluster Teratai termasuk pertambahan 31 kes baharu hari ini dan kesemuanya hasil saringan melibatkan 6,553 individu.

Kluster Teratai yang melibatkan pekerja kilang tersebut mula dikesan pada 7 November lalu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI