PARIS – Kebakaran hutan besar marak di selatan Perancis semalam, memaksa ramai penduduk dipindahkan, kata perkhidmatan kecemasan.
Beratus-ratus anggota bomba dikerah untuk memadamkan api di kawasan Herault dan Aude yang menjadi semakin buruk akibat kemarau dan angin kencang.
Bencana itu berlaku setahun selepas kebakaran besar di wilayah Corbieres dan beberapa hari selepas gelombang haba ekstrem melanda kebanyakan rantau di Eropah, dengan satu lagi gelombang haba diramalkan berlaku.
Menjelang lewat kelmarin, kebakaran itu telah meliputi kawasan seluas 800 hektar, kata pihak berkuasa.
“Kebakaran ini sekali sekala dapat dikawal,” kata sumber tempatan kepada AFP.
Keadaan di lapangan sukar bagi anggota bomba, tanpa laluan akses di kawasan bencana yang berbukit. Pesawat pengebom air turut digunakan.
“Kira-kira 200 orang telah dipindahkan di komuniti Pouzols-Minervois dan Mailhac,” kata seorang pegawai tempatan pula. – AFP














