fbpx
SWEDEN mara selaku pasukan di tempat ketiga terbaik dan tidak diletakkan sebagai pilihan menyebabkan mereka beraksi tanpa tekanan. - AFP

Piala Dunia 2026: Sweden selesa tanpa tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Status sebagai ‘underdog’ meletakkan Sweden dalam keadaan lebih selesa menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Perancis di Stadium New York awal pagi esok.

Jurulatih Sweden, Graham Potter mengakui sudah tidak sabar untuk berdepan juara edisi 2018 itu selain menyatakan rasa kagum terhadap kualiti pemain serta permainan dipamerkan skuad Les Bleus.

Bekas pengurus Chelsea itu berkata, perlawanan awal pagi esok bakal menyajikan aksi cukup menarik, lebih-lebih lagi Sweden tidak menggalas sebarang tekanan untuk berdepan pasukan pilihan seperti Perancis.

“Saya yakin ia akan menjadi satu perlawanan hebat, seolah-olah impian sejak kecil menjadi kenyataan. Bermain di Stadium New York, bagi saya ini merupakan salah satu perlawanan terbesar Piala Dunia kali ini.

“Perancis merupakan antara pasukan terbaik di dunia dan kami sangat menghormati kemampuan mereka. Bagaimanapun, saya dan pemain-pemain Sweden sudah tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan itu,” katanya.

Sedar dengan kepakaran taktikal dimiliki pengendali Perancis, Didier Deschamps, Potter menganggap ia sebagai satu cabaran serta pembelajaran bagi membantu beliau menjadi jurulatih lebih baik.

“Mereka memiliki pemain berkelas dunia di segenap posisi selain jurulatih yang tahu bagaimana untuk menang. Memang sangat mencabar tetapi ia memang sudah dijangka dalam aksi kalah mati Piala Dunia,” ujar Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN