fbpx
MOHD. NOOR HELMY (gambar kecil).

NGO Melaka minta bayaran urus jenayah henti operasi serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah di negeri ini bersetuju menghentikan operasinya serta-merta selepas mengaku melakukan kesalahan ketika mengendalikan perkhidmatan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, keputusan itu dicapai susulan semakan yang dibuat selepas tular dakwaan bahawa NGO berkenaan meminta bayaran daripada waris seorang kanak-kanak perempuan walaupun perkhidmatan itu pada awalnya dimaklumkan sebagai percuma.

Menurut beliau, walaupun sedang berada di Tanah Suci, perkara itu dipandang serius dan beliau segera mengarahkan pegawainya bertemu wakil NGO terbabit bagi mendapatkan penjelasan.

“NGO tersebut mengaku ada membuat permintaan bayaran daripada waris bagi menampung kos pengurusan.

“Hasil semakan yang dilakukan juga mendapati NGO berkenaan ada melakukan kesalahan ketika menjalankan operasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Noor Helmy berkata, wakil NGO itu turut mengakui kesilapan yang dilakukan dan bersetuju menghentikan operasi mereka berkuat kuasa serta-merta.

Beliau pada masa sama menjelaskan tiada Pegawai Forensik atau Pegawai Rumah Mayat di mana-mana hospital terlibat dalam operasi yang dijalankan oleh NGO berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada Pegawai Forensik (Pegawai Rumah Mayat) mana-mana hospital yang terlibat dengan operasi NGO tersebut,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada aktivis sosial dan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai, kerana membangkitkan isu berkenaan sehingga tindakan segera dapat diambil.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah NGO yang menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma didakwa meminta bayaran daripada waris selepas urusan pengebumian selesai, sekali gus mengundang pelbagai reaksi orang ramai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN