fbpx
SEORANG wanita melintas jalan berhampiran papan iklan menampilkan imej bekas pemimpin agung Ali Khamenei di Tehran 30 Jun lalu. – AFP

Aset beku Iran RM49 bilion belum dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Timbalan Menteri Luar Kazem Gharibabadi menyatakan bahawa Iran akan menggunakan sebahagian aset bekunya di Qatar untuk membeli barangan yang diperlukan oleh Tehran susulan rundingan di Doha.

Di bawah memorandum persefahaman yang menamatkan perang antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), Washington bersetuju melepaskan  aset beku Iran  sebagai sebahagian  pelaksanaan perjanjian itu.

Bagaimanapun, mekanisme untuk melepaskan dan menggunakan dana  tersebut termasuk  bila ia akan dilakukan masih belum jelas.

“Semasa pertemuan dengan wakil  Qatar, beberapa isu berkaitan perbelanjaan sebahagian daripada aset dibekukan berjumlah AS$6 bilion (RM24.5 bilion)  ini telah disemak,” kata Gharibabadi seperti dipetik agensi berita IRNA.

“Berdasarkan keperluan yang dimaklumkan oleh negara kami, barangan yang diperlukan akan dibeli dan disediakan kepada Iran,” tambahnya.

Jumlah disebut Gharibabadi itu merujuk kepada sebahagian daripada pendapatan minyak Iran yang dipindahkan dari Korea Selatan ke akaun terhad di Qatar sejak 2023.

Bulan lalu, jurucakap kementerian luar Iran,  Esmaeil Baqaei berkata, Tehran sendiri akan memutuskan kaedah menggunakan aset yang dicairkan itu ‘mengikut cara  paling bermanfaat dan menguntungkan bagi Tehran’.

Naib Presiden AS,  JD Vance pada bulan lalu memberitahu bahawa aset AS$6 bilion itu belum dicairkan, namun  jika ia dicairkan, AS dan Qatar ‘mempunyai kelulusan ke atas proses itu’.

Beliau juga mencadangkan wang tersebut digunakan untuk membeli barangan AS, termasuk produk pertanian seperti kacang soya.

Ketua perunding Iran,  Mohammad Bagher Ghalibaf bagaimanapun menolak kenyataan Vance kelmarin.

Menurutnya, sejumlah  AS$12 bilion (RM49 billion) daripada  AS$24 bilion (RM98.1 bilion) aset beku Tehran ‘akan diberikan’  kepada Bank Pusat Iran bagi ‘membeli apa-apa barangan yang diperlukan negara itu, pada sebarang harga dan dalam sebarang bentuk mata wang di seluruh dunia’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN