fbpx
Harry Kane meledak dua gol dalam tempoh 12 minit untuk memastikan England mara ke pusingan 16 terbaik. - Foto ihsan FIFA

Piala Dunia 2026: Kane pastikan England tidak tersingkir awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Harry Kane sekali lagi membuktikan statusnya sebagai wira England apabila meledak dua gol untuk menewaskan Congo 2-1 dalam aksi dramatik pusingan 32 terbaik saingan Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, England ketinggalan 0-1 menerusi jaringan seawal minit ke-7 wakil Afrika menerusi penyudah menarik Brian Cipenga.

Skuad Three Lions yang dilihat bergelut sepanjang 70 minit perlawanan menarik nafas lega apabila Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-75 selepas menanduk masuk hantaran menarik Anthony Gordon.

Penyerang Bayern Munich itu kemudian muncul wira pada minit ke-87 menerusi rembatan kaki kanan yang padu sehingga menggegar jaring, sekali gus memastikan perlawanan tidak diheret ke masa tambahan.

Sebelum kebangkitan itu, Congo sebenarnya memiliki peluang terbaik untuk menggandakan kelebihan, namun penyerang mereka, Yoane Wissa gagal memanfaatkan ruang yang terhidang ketika pertahanan England berada dalam keadaan tertekan.

Namun, pengalaman Kane selaku kapten sekali lagi menjadi penyelamat England daripada tersingkir lebih awal sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik untuk bertemu tuan rumah, Mexico pada hujung minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN