fbpx

1,096 kes positif, tiga kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 1,096 kes termasuk daripada tiga kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 54,775 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,090 kes adalah penularan tempatan manakala enam kes import.

“Kes baharu tertinggi dicatatkan di Selangor dengan 603 kes diikuti Sabah (311) dan Perak (55).

“Tiga lagi kluster baharu yang dilaporkan ialah Kluster Pengkalan Barat di Pulau Pinang, Kluster Bakti melibatkan sebuah penjara di daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Kluster Bayam Indah di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 335.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,104 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 41,597 setakat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI