fbpx

Sabalenka julang dua gelaran pada Terbuka Ostrava

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA mengucup trofi kemenangan selepas muncul juara dengan menewaskan Azarenka pada Terbuka Ostrava awal pagi semalam.

OSTRAVA, Republik Czech – Pemain pilihan ketiga, Aryna Sabalenka melakar kemenangan pada Terbuka Ostrava selepas menewaskan bekas pemain ranking No. 1 dunia, Victoria Azarenka awal pagi semalam.

Pada perlawanan akhir itu, Sabalenka tampil cemerlang apabila mengatasi Azarenka dengan kemenangan straight set 6-2, 6-2 dalam tempoh 68 minit sahaja.

Kemenangan tersebut merupakan kejuaraan ketujuh buat Sabalenka sepanjang karier tenis dan kedua bagi tahun ini selepas meraih kemenangan pada Terbuka Qatar.

Rekod cemerlang pemain berusia 22 tahun tersebut adalah meraih kemenangan Grand Slam pertamanya pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2019.

“Saya sangat teruja kerana dapat menjuarai perlawanan pada tahap tertinggi sejak pusingan pertama lagi. Saya mempamerkan permainan yang cukup baik ketika berdepan Azarenka dan tidak berdepan sebarang masalah untuk mengatasinya.

“Saya sangat gembira me­raih kemenangan ini dan semestinya gelaran ini sangat pen­ting bagi saya. Saya harap dapat mengekalkan momentum cemerlang ini pada masa akan datang,” katanya.

Lebih manis, Sabalenka meneruskan persembahan sempurna selepas memenangi acara beregu bersama Elise Mertens dengan mengatasi Gabriela Dabrowski dan Luisa Stefani 6-1, 6-3.

“Selepas berdepan beberapa perlawanan sukar, saya dapat rasakan kurang tekanan. Saya dapat bermain lebih baik pada setiap set perlawanan. Permai­nan saya konsisten dan kurang melakukan kesilapan. Saya gembira meraih dua gelaran di Ostrava,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI